"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(53:43)
Wednesday, November 24, 2010
Thursday, November 18, 2010
dua selamat untuk pelangi..

selamat hari raya Aidiladha
selamat hari raya Haji
selamat hari raya Korban...mana satu betul??
jawapannya..semua pon betul. Tapi kalau tnya aku yang mana best..aku suka, Selamat Hari Raya Aidiladha. Merangkumi haji juga korban..hehe..so..Selamat Hari Raya Aidiladha. Daging oh daging..la..la..la..jom makan daging banyak2..huhu. Jangan biar lembu kambing ja berkorban juga terkorban, diri sendiri tu yang perlu dilatih untuk lebih berkorban pada asalnya..:)
-18/11/2010, the one i can't forget-
Monday, November 15, 2010
cerita politik mereka..

Kelmarin ada sembang dengan kawan baik berkaitan seseorang, orang kuat satu parti ni..mungkin disebabkan hal tu berkaitan dengan kerja dia, maka kawan aku ni pon luahkan la apa yang dia tak puas. Hari ni, teringat balik apa yang kami sembangkan..tetiba terimbau dua orang kawan fanatik aku..teringin nak tulis pasal depa ni..maka..jom cakap pasal politik pula kali ni..huhu..
Aku..aku..memang tak banyak pendapat tentang politik, tapi yang aku nak ceritakan ni tentang mereka..mereka yang begitu fanatik dengan sokongan tersendiri, boleh dikatakan langsung xmau+xdapat+xterbuka untuk terima pendapat pihak satu lagi. Walaupun pihak satu lagi ada buat perkara bermanfaat.
KISAH SI MERAH
bukan orang lain, antara sahabat sekuliah rapat aku. Taksub sungguh..huh..macam mana nak gambarkan ketaksuban tu ya? haha..mm..aku ambil contoh ada orang cuba bangkitkan satu isu..maka dia pon mula.. "a'ah, aku tak suka sungguh depa tu..ingat bagus sangat..sikit-sikit gunakan alasan Islam..depa sendiri pon xpandai..nak cakap lebih..". Ini salah satu contoh la..huhu..lepas tu mula la lagi..lagi dan lagi...habis dia keluar...cakap memang tak pikir orang lain dah..kut ada yang terasa ke..perggh..aku xambik port..duk diam seribu bahasa..ehehe..dalam dewan kuliah pon boleh jadi kadang-kadang. Kena pulak ada dua tiga orang lain yang nyampuk..huhu..panas tuuu. Kalau siapa yg penah jumpa orang taksub mcm ni..mesti faham keadaan tu. Kawan aku ni kalau tengok luarannya, mcm xsuka cakap sal politik..tapi rupa2nya..bila dah mula..hehe..rindu pulak kat dia..haha...
KISAH SI HIJAU
ini pula kisah seorang penyokong yang berwarna hijau. Dah lma xjumpa dia ni..kawan sek men. urm..menarik juga yang ni pon..hehehe..ingat2 balik, tersenyum sorang2 aku. Mahu tidak..kalau dia mula cakap bab politik..alahai..abih la orang lain kalah. Dengan cara dia cakap, kelang kabut dia..hehe.."hampa xtau, kami tau la..depa tu pandai ja..dok guna duit sana sini bayaq kat orang. Guna pengundi hantu lagi..bla..bla" memang nak tergelak. Sama ja dengan situasi si penyokong merah. Bila cakap pasal parti masing2 atau parti bertentangan..lebih menggunakan emosi, tidak menggunakan akal. Sungguh..!!
Bukan tak suka mereka, cuma tidak suka dengan cara mereka kemukakan hujah. Kadang-kadang kita kena pandai menerima juga menolak sesuatu. Konsep keterbukaan perlu digunakan..huhu..ambik yang baik, yang keruh ditolak tepi. Jangan yang baik pon dibuang semata-mata kerana pegangan taksub kita..!!
p/p:dlm kalangan ahli keluarga aku sendiri pon ada yg mcm ni..!!
-Aku yang tak tau nak sokong mana-
Tgk siapa wakilnya nant..hehe
Monday, November 8, 2010
macam2 bau..macam2 juga soundnya..

macam2 bau..macam2 juga soundnya..huhu..faham maksudku?? aku sekarang di sebuah siber cafe..dah faham??..haha...mahu memenuhi kehendak hati dan internet di rumah pulak buat ragam, nak xnak kena juga masuk tempat ni..berat sangat ja bunyinya..huhu.boleh tahan la..
Sekerat menaip, sekejab deriau bau terhidu..owh..aku terganggu..huhu..ini boleh tahan, aku boleh faham..biasa la tempat awam..tempat awam ka.??huh... Tapi bab ni yang betul2 buat aku geram juga mual nak terus menaip...nak berfikir pon, terfikir benda lain. Mulut..ya mulut..suara2 bingit mencaci, mencerca, memaki hamun..huhu..semua peringkat umur boleh dikatakan. Budak2 la terutamanya..rosak. Budak2 marah, mencarut, terpekik2..mana rasa malu? mana rasa hormat? hilang..!! kecik sangat budak2 ni. Normal bagi sesetengah orang mungkin. Tidak bagi aku..geram ja, sedih pon ada..siapa yang perlu sedarkan mereka? Aku..aku sekadar boleh katakan shuhhhhhhh..(itu pon kat bdk sebelah ja)!!
aku yang tertekan..huhu..wassalam
Tuesday, November 2, 2010
when you think you want write..

..nothing..ehee..hujan dah beberapa hari turun menyuburkan bumi di sepanjang hari. Hari ni bangun di subuh hujan juga, mula ke waktu pagi langit dah kembali cerah. Banyak hari asyik sibuk ke sana sini, hari ni buka jadual tengok..hah..banyak benda yang dtinggalkan. Terutamanya tang tugasan juga bab-bab utk dulangkaji..huhu..sebetulnya jadual harian xlah sesibuk mna, tapi bila dah dihabiskan diluar..pendek makin pendek jadinya. yuk...mulakan satu demi satu apa yang perlu...
=hari akan ke depan bukan ke belakang, namun masih ada perkara yang tetap seperti dulu..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)