Friday, December 31, 2010

owh ubat tahan sakit...


welcomeback sakit gigi...huhu..lega sikit skrg sbb telan ubat tahan sakit..huhu..berkesan selama 5jam..2,3 hri pula menghadapi..dan bila dah reda, bengkak dah pecah..mula la buat2 lupa jumpa dr.gg..eheee..masa sakit bukan main janji "nant lega terus nak cabut"..tengah sakit la katakan. Bukan takut, cuma gerun..hihihi...

p/s:bukan dgn dr.gg ja ak fobia..dgn semua jenis dr pon..dr.haiwan,dr normal kat hospital tu lg la..huhu..satu Dr ni mgkn ak tak gerun.."hlovate"...heeee

Monday, December 27, 2010

mahu tenangkan diri...

astangfirullah...berikan aku ketenangan dari segelinap sudut ya Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui..amin

pelangi balik dari bercuti...

lenggang lenggang kangkong..kangkong tepi telaga..balik dari menyabung makan la nasi saja...lenggang lenggang pelangi...pelangi di dasar langit..balik dari bercuti kembali la pening lagi..huhuhu...-lima asgmnt menanti untuk disiapkan dan apa yang lagi parah..bahan apa pn blum sempat cari..!!-

Sunday, December 19, 2010

soalan: kenapa ak suka lagu sampai syurga?


Aku kan menunggu kamu..bukan bererti menolak ketentuan-Nya. Aku lemah tanpa kamu..bukan bererti aku akan mati. Aku fahami aku bukan yang terbaik untuk kamu..bukan bererti aku tidak yakin. Tapi kerana..kerana aku mencintai kamu..!! Sampai syurga ku menunggu..

10.19p.m..malam..duk sorang2, terimbau+berangan..ini la jdiny..:)
jawapan: sebab rasa dekat j lagu tu dgn ak..heee

Wednesday, December 15, 2010

sebab tu org yg selalu senyum awek muda...!!


..tgh tension,muka berkerut2...tetiba terpandang cermin..huh..spontan tersenyum...dalam hati "ha..kan manis macam tu..haha.."

Tuesday, December 14, 2010

9.00p.m-11.00p.m

sabtu-11/12/10..dalam jam maghrib menjelang ishak..
abah: d.jat ada konsert rabbani..nak p?
aku : owh..i know..i know..dewan wawasan kan?
abah: angguk..nak p?
aku : skrg ka?
abah: sekali lagi angguk..
aku : bleh j, lgpon dh lma xp konsert2 ni..

ini la ceritanya..huhu..best..yg lagi bestnya xsangka inteam reunion pon join..apa lagi..kehkehhh. Duduk paling depan n teliti menghayati..haha..satu lagi kumpulan yg join inhert(AN)..suara n cara depa bwk lagu mmg best, lebih moden n santai. Kesimpulannya kira aku puas hati la..heheheee..

-smpt snap beberapa pic bt kenangan-


-3org adik ak ngan inhert, ada certa best dsblk gmbr ni..rezeki org kata..haha...-


-my xextream group admire..x ka??haha..nup..still lor..inteam-


-n the last one was my adik dujung, slumber j naik pentas ms rabbani pnggl,xsngka ak..huhu-

Monday, December 13, 2010

tabiat aku yang satu

pasang headphone...duduk sambil jari bergerak mengikut rentak dan kejab2 memejamkan mata mendengar dan menghayati lirik beberapa lagu slow...-secara tak langsung makin lancar kerja saya-

Sunday, December 12, 2010

.........!!!

..ketibaan bulan>hari>jam sibuk, menyibuk, penyibuk, cibuk..bla..bla.....selamatttt ya..hohoho...

Wednesday, November 24, 2010

-dari An-Najm-

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(53:43)

Thursday, November 18, 2010

dua selamat untuk pelangi..


selamat hari raya Aidiladha
selamat hari raya Haji
selamat hari raya Korban...mana satu betul??

jawapannya..semua pon betul. Tapi kalau tnya aku yang mana best..aku suka, Selamat Hari Raya Aidiladha. Merangkumi haji juga korban..hehe..so..Selamat Hari Raya Aidiladha. Daging oh daging..la..la..la..jom makan daging banyak2..huhu. Jangan biar lembu kambing ja berkorban juga terkorban, diri sendiri tu yang perlu dilatih untuk lebih berkorban pada asalnya..:)

-18/11/2010, the one i can't forget-

Monday, November 15, 2010

cerita politik mereka..


Kelmarin ada sembang dengan kawan baik berkaitan seseorang, orang kuat satu parti ni..mungkin disebabkan hal tu berkaitan dengan kerja dia, maka kawan aku ni pon luahkan la apa yang dia tak puas. Hari ni, teringat balik apa yang kami sembangkan..tetiba terimbau dua orang kawan fanatik aku..teringin nak tulis pasal depa ni..maka..jom cakap pasal politik pula kali ni..huhu..

Aku..aku..memang tak banyak pendapat tentang politik, tapi yang aku nak ceritakan ni tentang mereka..mereka yang begitu fanatik dengan sokongan tersendiri, boleh dikatakan langsung xmau+xdapat+xterbuka untuk terima pendapat pihak satu lagi. Walaupun pihak satu lagi ada buat perkara bermanfaat.

KISAH SI MERAH
bukan orang lain, antara sahabat sekuliah rapat aku. Taksub sungguh..huh..macam mana nak gambarkan ketaksuban tu ya? haha..mm..aku ambil contoh ada orang cuba bangkitkan satu isu..maka dia pon mula.. "a'ah, aku tak suka sungguh depa tu..ingat bagus sangat..sikit-sikit gunakan alasan Islam..depa sendiri pon xpandai..nak cakap lebih..". Ini salah satu contoh la..huhu..lepas tu mula la lagi..lagi dan lagi...habis dia keluar...cakap memang tak pikir orang lain dah..kut ada yang terasa ke..perggh..aku xambik port..duk diam seribu bahasa..ehehe..dalam dewan kuliah pon boleh jadi kadang-kadang. Kena pulak ada dua tiga orang lain yang nyampuk..huhu..panas tuuu. Kalau siapa yg penah jumpa orang taksub mcm ni..mesti faham keadaan tu. Kawan aku ni kalau tengok luarannya, mcm xsuka cakap sal politik..tapi rupa2nya..bila dah mula..hehe..rindu pulak kat dia..haha...

KISAH SI HIJAU
ini pula kisah seorang penyokong yang berwarna hijau. Dah lma xjumpa dia ni..kawan sek men. urm..menarik juga yang ni pon..hehehe..ingat2 balik, tersenyum sorang2 aku. Mahu tidak..kalau dia mula cakap bab politik..alahai..abih la orang lain kalah. Dengan cara dia cakap, kelang kabut dia..hehe.."hampa xtau, kami tau la..depa tu pandai ja..dok guna duit sana sini bayaq kat orang. Guna pengundi hantu lagi..bla..bla" memang nak tergelak. Sama ja dengan situasi si penyokong merah. Bila cakap pasal parti masing2 atau parti bertentangan..lebih menggunakan emosi, tidak menggunakan akal. Sungguh..!!

Bukan tak suka mereka, cuma tidak suka dengan cara mereka kemukakan hujah. Kadang-kadang kita kena pandai menerima juga menolak sesuatu. Konsep keterbukaan perlu digunakan..huhu..ambik yang baik, yang keruh ditolak tepi. Jangan yang baik pon dibuang semata-mata kerana pegangan taksub kita..!!

p/p:dlm kalangan ahli keluarga aku sendiri pon ada yg mcm ni..!!
-Aku yang tak tau nak sokong mana-
Tgk siapa wakilnya nant..hehe

Monday, November 8, 2010

macam2 bau..macam2 juga soundnya..


macam2 bau..macam2 juga soundnya..huhu..faham maksudku?? aku sekarang di sebuah siber cafe..dah faham??..haha...mahu memenuhi kehendak hati dan internet di rumah pulak buat ragam, nak xnak kena juga masuk tempat ni..berat sangat ja bunyinya..huhu.boleh tahan la..

Sekerat menaip, sekejab deriau bau terhidu..owh..aku terganggu..huhu..ini boleh tahan, aku boleh faham..biasa la tempat awam..tempat awam ka.??huh... Tapi bab ni yang betul2 buat aku geram juga mual nak terus menaip...nak berfikir pon, terfikir benda lain. Mulut..ya mulut..suara2 bingit mencaci, mencerca, memaki hamun..huhu..semua peringkat umur boleh dikatakan. Budak2 la terutamanya..rosak. Budak2 marah, mencarut, terpekik2..mana rasa malu? mana rasa hormat? hilang..!! kecik sangat budak2 ni. Normal bagi sesetengah orang mungkin. Tidak bagi aku..geram ja, sedih pon ada..siapa yang perlu sedarkan mereka? Aku..aku sekadar boleh katakan shuhhhhhhh..(itu pon kat bdk sebelah ja)!!

aku yang tertekan..huhu..wassalam

sebaris...

..alangkah indah jika dapat menikmati perasaan merinduiMu..

Tuesday, November 2, 2010

when you think you want write..



..nothing..ehee..hujan dah beberapa hari turun menyuburkan bumi di sepanjang hari. Hari ni bangun di subuh hujan juga, mula ke waktu pagi langit dah kembali cerah. Banyak hari asyik sibuk ke sana sini, hari ni buka jadual tengok..hah..banyak benda yang dtinggalkan. Terutamanya tang tugasan juga bab-bab utk dulangkaji..huhu..sebetulnya jadual harian xlah sesibuk mna, tapi bila dah dihabiskan diluar..pendek makin pendek jadinya. yuk...mulakan satu demi satu apa yang perlu...


=hari akan ke depan bukan ke belakang, namun masih ada perkara yang tetap seperti dulu..!!

Sunday, October 17, 2010

...sakit, maruah tetap perlu di jaga..

"..aku takkan berkahwin dengan dia yang sayang aku, tapi aku tak sayang dia. Aku juga takkan berkahwin dengan orang yang aku sayang dia, tapi dia tidak sayang aku. Aku akan berkahwin dengan orang yang aku sayang dia, dia juga sayang aku.."

Tuesday, October 12, 2010

...Dia terbaik perancang..

Bismillah..

kita hanya merancang Dia yang tentukan..walau sekecil mana perancangan kita. Pagi2 lagi dah keluar n dah tetapkan nak buat itu dan ini..sekali..ha..ha..itu la..alhamdulillah, Dia terbaik perancang..satu dari agenda rancangan aku tak dapat ditunaikan gara2...-xdak org lagi la dik, sebab awal lgi ni-...huhu...ak pon jawab..-xpa la bang..lain kali sempat sya singgah-. Dan kuteruskan ke agenda ke tiga..alhamdulillah baik..itu la..apa yang sebetulnya, insyaAllah dipermudahkan.

ku mahu lanjutkan ke agenda seterusnya...14/10..akan bermula satu lagi semester..pelangi tak mahu berterusan serabut, maka pelangi akan pastikan diri usaha bersedia..insyaAllah.

untuk kamu kali ini...>>> kamu mahu berjaya? usaha..tinggalkan gagal yang hanya membawa kecewa...dan kutip-lah berjaya dengan gembira...yeaahhh..!!!

-betul2 gembira dengan result yang aku tunggu2 sebelum ni..alhamdulillah.
-sedar sem ni ada satu subjek(kira2) yg selalu membuatkan aku tertekan..cuma yang terbaik..baik dipermulaan baik juga diakhirnya..insyaAllah.

wassalam

Wednesday, October 6, 2010

kait-kait pelangi

sekadar memenuhi tuntutan seseorang yang mempunyai blog..ha..ha..apa perkara yang berlaku dalam masa-masa ni yang aku tahu aku susah nak ingati nanti..

minggu juga permulaan bulan 10 yang agak tenang...tidak terlalu sibuk juga tidak terlalu serabut..hehe..masa berlalu meninggalkan lepas, masa hadapan menanti. Belajar dari pengalaman, walau dari perkara remeh sekali pun.

buku..terbaru ku baca solusi eds,23. Pendedahan isu cinta hamba. Banyak gila pengetahuan untuk diri. Menyedarkan diri dengan pelbagai kefahaman dari sudut cinta. Cinta kepada Dia terutamanya.

sedang menunggu dua perkara: 1)result 2)hari mendaftar...agak lambat untuk semester ini...entah..tunggu aja

sekarang komonwyeal di New Delhi, India. serius..aku tengok apa aja sukan yang melibatkan malaysia dengan perasaan nak sokong n nak depa menang..bersungguh..haha..setakat ni, dua emas di subangkan oleh atlet angkat berat. dua perak, satu dari sukan angkat berat n satu lagi sukan berbasikal dlm circle. Amirul, Rizal. hari ni hari ketiga. yang aku harap sangat dapat sumbangkan pingat = team badminton..uhuu..xdak korea n china kali ni boleh mungkin.

masa-masa senang ini aku nukilkan
kerana aku tahu, akan tiba:
aku tiada masa dan tiada cerita...

wassalam

Wednesday, September 29, 2010

tidak sekadar membaca...

walau hanya buku untuk kanak-kanak...menjaga kedai, bosan dan duduk mencari-cari buku yang boleh dibaca. Tertarik untuk membaca sebuah buku cerita kanak-kanak. Kisah syaitan menggoda manusia...warna-warni..best..baca dan baca..walau xbanyak muka suratnya tapi tetap terselit kata-kata yang berguna dan sesuai untuk semua peringkat umur..dan ini antara kata-kata yang aku suka:

1. Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik dari amal yang banyak tapi tak sempurna.

2. Kita beramal bukan kerana manusia. Cukuplah Allah yang beri nilaian.


>>aku mahu lagi menjadi pelangi..:)

Thursday, September 16, 2010

mood...Ketika Cinta Bertasbih...

"di antara kesucian-kesucian yang di jaga ialah kesucian di antara belia dan wanita"

"kamu fikir setelah ikhlas mendahului zulkifli untuk menikahi tiara kamu akan mendapatkan pahal? Tidak fadhil..mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah atau dalam hal ibadah, itu hukumnya makhruh. Kalau mengutamakan orang lain selain ibadah itu baru yang dianjurkan"

"kamu fikir menikah bukan ibadah?"

"cinta itu..mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang menjadi untung, mengubah sedih menjadi riang, mengubah syaitan jadi nabi, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah bakhil menjadi dermawan, mengubah kandang menjadi taman, mengubah penjara menjadi istana, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibah..itulah cinta"

"cinta sejati itu menyembuhkan bukan menyakitkan"

"tidak ada yang boleh menolak syahawat dan kesenangan duniawi, kecuali rasa takut pada Allah yang membutakan hati dan rasa rindu kepada Allah yang membuat hati kita merana"


=Suka watak azzam. Ending yang bagus. Aku bukan pakar dalam mengkritik. Cuma menganalisis berdasarkan pandangan serta pendirian diri. Yang baik tetap aku ambil..Kiamat Sudah Dekat still the best..

Tuesday, September 14, 2010

siapalah kita....

Allah swt adalah zat yang Mahakuasa untuk memberikan sesuatu atau tidak memberikannya, merendahkan atau mengangkatnya, memuliakan atau menghinakannya, serta memberikan hidayah atau menyesatkannya.......

>>>>sepotong ayat untuk di kagumi

Tuesday, September 7, 2010

persoalan yang hanya pada Dia ada jawapan

..mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk mengenal pasti juga memahami takkan ini kesimpulan di akhirnya..?

bila tiada kertas dan pen di sisi..

..nak ingatkan diri tentang sesuatu...kertas dan pen pula tiada di sisi, gunakan aja yang ini.

Apa yang perlu dibuat nant:
1. The Arrivals
2. The Divine Book
3. Phase 3

Awas>>> download versi malay untuk ketiga2nya..!! Apa lagi ya yang perlu diingat..urm..itu aja mungkin..sekian

-tengah on9 dengan pc umah..umum punya bukan sdn bhd..heee..maka tidak boleh sesuka hati mendownload. Nak pastikan nant ddownload dlm peti sendiri(malas sebenarnya nak p ambik benda petak tu..hehehe). Bukan apa, ini la aku: sememangnya cepat lupa. Kena pulak ada benda baru ak jumpa cepat ja nak lupa benda lama tu satg...huuu..selalu pen, kertas @ h.p kat sebelah..xdak plak skrg ni..ok sudah selesai-

Monday, August 30, 2010

takut mimpi jadi realiti..???

Sebelum sahur..bangun tidur dan teringat akan mimpi yang aku alami..mimpi yang boleh aku kategorikan sebagai mimpi buruk. Mulut lancar berdoa.."Ya Allah jauhkan aku dari situasi berkenaan(situasi dlm mimpi)"...

Selepas bersahur..terfikir kembali apa yang aku doakan..tiba-tiba teringat satu kata-kata yang pernah aku dengar..lebih kurang macam ni.."..JANGAN DIPINTA DIJAUHKAN DUGAAN, TAPI MINTALAH DIKUATKAN IMAN MENGHADAPI UJIAN..." rasa-rasanya perlu ubah diri mencontohi kata-kata ni..heee..kasi modefide sikit itu doa..!!

G: apa-apa perkara baru yang baik kita ketahui selepasnya adalah lebih afdhal jika diamalkan(bukan hanya jika situasi mimpi ini)...baru nak berevolusi sikit diri tu..tak gitu..??..

B: ya..ya..betul la tu..bukan apa, diri memang kalau dah terbiasa dengan sesuatu, ambik masa sikit lor nak mengubah..

G: alah..alasan..

B: btul la..!!

G: cuba dan cuba okey..say insyaAllah madhi..!!

B: okey..insyaAllah..

G: thats my girl..good girl..:)


haha..apa-apa ja..

Rujukan:
G =suara hati baik(Good voice) aku..
B =suara hati jahat(Bad voice) aku..

aku percaya semua pon ada ni...wassalam

Tuesday, August 24, 2010

..antara coretan di pulan puasa..

..alhamdulillah, exam sudah selesai beberapa hari lepas...tinggal tawakal..tunggu lepas raya tengok result..haihhhh..

disebabkan dalam keadaan bercuti..maka rutin juga sedikit berubah..masa khas untuk study kena cari agenda lain untuk diganti..ada. Terlalu banyak benda yang sepatutnya aku happy..yeahhh..>>>periksa sudah habis..tak payah susah nak pikir banyak..habis juga satu semester..sekarang bulan puasa..sikit hari lagi nak raya. Tapi lepas raya ni..blum tau apa nak jadi..uhuuu..harap dapat penuhkan jadual harian tanpa jawapan kosong..

coretannya:

>Pasar Ramadhan..bru dua kali p..aku la..tapi kat rumah tu..setiap hari pon kena hantaq wakil p..and selalunya akak n tok wan ak la pi..sebabnya..Tok nak makan martabak..!! aku sendiri xmakan sangat kuih-kuih pasar ramadhan..nak beli pon..kegemaran aku dua benda ni ja..air tebu and martabak..uhuu..perubahan..harga makin mahal lorr..kadang2 mcm cekit darah ja..

>Mercun..aku xmain..lagi la..ehee..xlah..betul aku xmain..bunga api kot la..main yg adik2 punya..huuu..tapi yang bestnya sal budak kampung aku..tengok ada sedikit perubahan depa..serius..puasa lepas2..punya la bom..bom..pang..pang..sana sini..orang semayang tu asyik terkejut siap melatah lagi..hahaa..yang ngantuk terus jaga..berbeza tahun ni..sikit sangat bunyi ak dengar..berita baik la kot..ha..ha..

>Terawih..jujur..baru sempat beberapa malam..ramai juga orang2 kampung mai ke surau nurul iman(surau dmana ak dr kecil-smpi 23 ni dok semayang)..:)

urmm..apa lagi ya..ha..

>Sahur..ada apa2 yg boleh dmakan aku ok ja..tapi yang memang kalau nak bagi semua satu umah semangat makan, terutama adik2 aku..nasi goreng+apa2 frozen food..dah jadi makanan utama sahur la tu kiranya..

>Berbuka..setakat ni xpenah lagi la xdak makanan yang xbest..haha..lapar..telan ja semua..cuma aku xsabar nak berbuka ngan semua satu family..dengan kawan2 rapat..memang dah jadi tradisi tuh..masing2 belum balik..dekat2 raya mungkin. masak..ada juga..tapi yang simple2 ja..banyak buat kuih..lauk2 mak ak yang banyak masak..heee..

>Persiapan raya..agak2 la..awal lagi kot..baju,tudung whatever satu apa pon belum beli..nanti2..huhu

enough kot..sbnrnya tgh boring ni..tulis ja apa2 yang patut..menanti perkara istimewa untuk bulan puasa kali ini yang berbeza dengan puasa lepas2..Dia Maha Mengetahui..bekalan lebih banyak salah satunya mungkin..:)


>>>Kamu mencari ketenangan..? senang..Dia yang memberi..ingat+dekat denganNya..pasti kamu akan perolehi..!!


wassalam

Monday, August 16, 2010

lusa Dan Esok Lusa Serta Lusa Seterusnya Esok Lusa Pula

siapa kata tak best exam bulan puasa..hah..best sebenarnya..banyak kelebihan berbanding bulan biasa..serius..orang kata penat la kalau exam bulan puasa..lain bagi aku, tenang aja..:))..antara kelebihannya:

1)doa dan doa..bulan Ramadhan salah satu masa yang paling sesuai untuk kita berdoa. bersesuaian dengan kedaaan aku sekarang yang sangat memerlukanNya.
2)tak pikir pasal benda lain..makan terutamanya..ha..ha..
3)mind..relax..

alhamdulillah..habis sudah satu paper..
berserah..nak kata sempurna riak and over pulak..so..alhamdulillah the best works i can say..!! cuma harap tidak dapat en.c..huhu...pointer mau jaga kawan..

sekarang masa untuk bertapa sementara di tempat yg sepatutnya..nanti petang sikit balik..lusa dan esok lusa serta lusa seterusnya esok lusa pula...susah kita kira belakang..janji usaha..insyaAllah..ingatkan diri doa dan doa..

-kau sudah berjaya, sekarang giliran aku pula-

Friday, August 6, 2010

...dari singgah ke ziarah...

...dlu kejab-kejab ja singgah, sekarang makin kerap pula. Nak-nak pula dekat dengan exam ni..Allah. buka buku, kira xsmpi 4m/s lgi dah nyut2. Tak faham. abah cakap sebab banyak fikir. Tapi..entah la..apa yang aku fikirkn sangat tu..?? aku ni memang stok yang tak suka makan ubat..apakan daya mau xmau, nak mengatasi masalah punya pasal telan jualah. Lagi jadi masalah bila nak tidur pon dia nyut-nyuttt...huuu..serius..masa rasa, selawat n istighfar ja menjadi teman lidah+bibir+semua anggota mulut..huuu..harap sangat sekadar mainan minda buat masa ini tiada kesan sampingan yang lebih teruk pada masa depan..amin..

Tuesday, August 3, 2010

...setiap soalan ada jawapan...

>>>>tak pasti dengan sesuatu..jangan buat dek..cari jalan penyelesaian..bnyk saluran yang boleh digunakan..tanya yang pakar@cari sendiri...yang baik dan elok sentiasa disukai..jadi..pandai2 la buat pilihan sendiri madhi..!!=))))))

Saturday, July 17, 2010

ala baru dua hari..

blog(gaya panggil@laung org dok lima kaki)..aku sudah kembali.."alah..baru dua hari..!!"..uhuuuu

12.26a.m..smpi umah dr uni..siapkn apa yg perlu..dan, nah ini...hehe
dua sudah diberi...lagi dua menanti untuk diberi..ha..ha..yg paling penting mood tu...mood itu..sedikit pergi..!! fasa mood exam pula menanti nuh..uhuhuhu..
itu ja kot..sudah mau tidur..esok kul 8 ada temu janji..ehehe..bulan lps xjmp..'like this lec'..ha..ha..gatai punya anak murid...!! sudah....!!

sedikit bingkisan buat ingatan...anything..ya..!! "..Isnani Jim Gila.." katanya...uhuu..aku.."no coment"...(^_^)

wassalam

Wednesday, July 14, 2010

bangun pagi gosok gigi...tapi ini...bangun pagi blurr xtau nak buat apa lagi..

..pagi..

..dari tadi lagi depan komputer ni..tp masih blurr..xtau nk buat apa..xtau apa yg nak dimula..yg 30 bru 13...2 hari tinggal..17 lagi..satu hari...8++...insyaAllah..

Monday, July 12, 2010

...ubat ngantuk...

..ngantuk neh..tulis aja apa2..

Bissmillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

waalaikum'salam..

Ameen ya rabbi alamin, wal'Hamduli'Llahir'Rabbil'alamin..

Astangfirullahhal'azim..

Alhamdulillah..

Yahdikumullah...

Syukran Jazilanhu'khairon..

Afwan..

Sodhakallahhul'azim..


..masih didlm mood itu..uhuuu..

Sunday, July 11, 2010

....akhirnya di Malam hari...

(11.31 p.m/11.07.2010/sabtu)

...miss something..????...

huh...now until 16.07.10..my mood..TNA..

alhamdulillah dh tujuh muka surat..sengaja berhenti curi masa..ngantuk sebenarnya..ingat nak stay sampi kul 12.00..sampi rsanya.

dah..sambung kembali..!! tension huh..'dunia memang tempat untuk diuji..di sana kita kan mendapat ganjarannya..insyaAllah..' di saat ini kuperlukan...:



DAN INI




SELAMAT MALAM...

....Petang Pada Hari Ini....

..still TNA...(..selamat malam...F.T...)

..xfhm...cuba mulakan, si dia tidak membalas..lantas lari..hua..hua..xpatut sungguh pak cik sorang ni..!! kita punya la bersungguh-sungguh...-xpa2..xpa..dia ada keja tu..- huhu...perlukannya untuk menghalang keboringan yang makin mendekat..!!..jadi..terpaksa la ak cri faktor lain bila dh jadi mcm gini..nah..ini dia..(my blog)..!!

..bru dpt satu muka surat..hihi...itu yg aku dpt fhm bt masa ni..sungguh..!! insyaAllah..lps ni..lagi dan lagi. yakinkan diri..dapat selesaikan..jangan tertekan..namun pastikan..jauh diri dari kemalasan..asal usaha, walau belum bertemu..!!

-sikit lagi mau masuk asar...ada kemungkinan berhenti seketika@malam pula mula..ha..ha..da..

....Pagi Pada Hari Ini...

assalamualaikum...

..tengah siapkan tugasan TNA...cari punya cari terjumpa yang ini...faizalfazri.blogspot.com/2010/04/analisis-keperluan-latihan-tna.html...lps tu yg seterusnya dan seterusnya..huhu...(banyak main ini budak@aku)....bru nak faham satu benda..terfaham satu benda lain..bnyk jugak blog mereka2 yang berpengalaman aku buka. huhu...kerdil rsa pabila baca..pengisian termasuk reka bentuk blog..masing-masing..macam-macam cerita..urm..nanti la...

sudah..nant senang buka semula..nak siapkan dengan segera kerana ak sememangnya sudah tiada masa..!!!..TNA..TNA...

wassalam...

Saturday, July 10, 2010

...SOMETHING BUT NOTHING...???



..oh adindaku..oh adindaku..semua kerana..kerana kamu..(berlagu di telinga)...

Nk tulis apa..?? Itu la maksudku...nothing...hehe..

"..dalam sesuatu perbualan..biarlah diri setia menjadi pendengar. hanya lontarkan pabila perlu. dan bila tiba masanya..biarlah yang keluar itu bak mutiara...berguna, terkesan & diingati selamanya.."

"..DIA akan menjadi pendengar kepada sesiapa yang sentiasa mendengarkan kepada-Nya.."

"..be your-self..!..there is no greater way of life Islam..no greater than Islam.."

wasiat untuk diri..hanya itu..buat waktu ini..!!

Saturday, July 3, 2010

MANA BUDI BAHASA MU DIK...??

..satu hari di luar..minta tunjuk ajar sifu bt asgmnt..punya la jauh nun ke a.star(time kasih bnyk2 kpd shahrunniza@.k.niza)..tak da kena mengena dengan tajuk di atas sbnarnya..hihi..

pg..awl dlm kul 10.00 dh ada kat a.star..dsbbkn si sifu ada perlawanan bowling(city plaza), jd kt yg menuntut pun ikut la..mula2 ingt nk celah2 tnya ms dia tgh main..situasi tak mengizinkan rupanya. rs mcm boring..minta izin jalan2 dlu..nant dia habis bru mulakan perbincangan..huhu. mula la pengembaraan ak di sekitar situ..singgah di libry bt apa yg patut sat..seterusnya jalan2 tgk baju..dah dapat apa yg nak teruskan perjalanan lagi..tup2...~~~di sini bermula....

tup2..mata ternampak satu kedai CD, tanpa berlengah kaki terus tertarik memasuki..banyak cerita baru..tengok..lihat..teliti..dua menjadi pilihan hati..ambik..dan mengemumkakan beberapa soalan..
aku :adik yang ni ada brapa cd..?
aku :berapa satu..?
aku :gambar clear tak..??
dan di dia menjawab dengan penuh kemalasan juga kemarahan beserta muka cuak tanpa seri...huhu..(memang ak tak faham apa salah ak masa ni..)
dia 1:satu..!!
soalan kedua..
dia 1:"....." tak kata apa just tunjuk papan tanda yg kecik di atas..
menjawab soalan ketiga..
dia 1:mesti la clear......
aku masih boleh bersabar..tone pun kira lembut lg..
aku :k..ambik dua ni....
dia 1:tunggu sat..nk suruh org ambk....
aku :k..
sambil menunggu, tiba-tiba terfikir satu cerita ni..
aku :urm..dik cerita...bla..bla..ada..?
dia 1:..ada..
bangun ambil dan beri kepada ku..
aku :wah..ada..xnmpk td..tukar bleh..
muka dia bertambah bengis...ambil cd di tanganku sambil mulut..
dia 1:ish..tadi kata nak yang ni..pastu nak tukar yg ni pula..
depan aku...hormat mmg xdak...dia..call si kawan yg mengambil..
dia 1:tukaq2..ambk yg lain pula..mcm2..
lagi..d depan aku...sabar...maka datang la si kawan yg mengambil. ingat lain serupa juga jenisnya...masuk kedai sambil mulut..pot..pet..nak tau dia kata apa..ha..ni
dia 2:sapa ni yg dok asyik tukaq..his..sat tu sat ni...
macam nk cakap.."hai saya di sini.."..tp masih d dlm hati..
ingat dah habis..belum..mulut mereka berdua masih..pot..pet..pot..pet..dan akhirnya dengan kesabaran yg tinggal seinci...
aku :kenapa ni..dari tadi macam tak puas hati..marah2..marah saya ka..?
dua2...muka hampeh..tak jawab...
aku :saya ada buat salah ka..??
menjawab dengan nada marah tanpa pandang ke muka ku..
dia 2:sat ni sat tu..dok tukaq2 apa..
hah..melampau..memang parah budak dua orang ni..dalam nada marah juga membalas..
aku :salah ka..??dari tadi saya masuk awak dua asyik marah2 ja..budi bahasa mana..? macam ni ka layan pelanggan...??
masih tak insaf..menjawab lagi..
dia 2:penat..ingat dekat ka nak p ambk CD ni..!
huh..sesungguhnya melampau...
aku :pastu nak marah saya...apa la, saya nak beli..sya yang nk bagi duit kat awk..macam ni ka layan pelanggan..??
dua2..muka masih masam cuka..aku..malas nak layan terus tnya berapa..?
dia 1:RM...bla..bla..
bayar..ambil CD..sebelum keluar..
aku :jaga budi bahasa la dik..ni bru sy sorang..orang lain macam mn..??
blah..bertekad..ini kali pertama juga terakhir...!!

huhu..itu la dia..rasa jug serba slh..cal sorg kawan..cerita ngan dia..dia kata..
kawanku: btul la hg bt tu..kalau aku kat tempat hg entah2 dah gaduh..kedai mana..?yg sblh..bla..bla..hah..bos dia kawan ak..nant ak report..!!

alhamdulillah marah dihati tak berpanjangan..lega lps jumpa si sifu dan dapat faham beberapa yang tak faham..haha..maka..pulang lah aku di petang sabtu dengan dua perasaan berbeza..hihi...(harap tak jumpa dah orang macam si dia 1 dan si dia 2)..!!

-memang masalah..susah nk jd depan mata aku..yg penah jumpa pon jaga kaunter muka masam ja..bila dh jd..betul la org kata..marah memang dh tak boleh tahan..!!nasihat ak kat budak2 tu..aku kesian kat hampa..macam tension ja dengan keja tu..p la cari keja lain yg agak2 tak membuatkn hampa penat nk ambk tukaq barang..huhu..

wassalam..

Friday, July 2, 2010

Jiwa ku...always my soul..

...Jun 1..Julai ni agak2 berapa post..?
jd..apa lg mulakan la..huhu..bnyk benda dh jd dua tiga minggu ni..tp itu la..nk mencerna dlm benda tulisan ni..aduhai puteri ku sayang sungguh(lagu hijjaz+sebelum dan selepas)..!!

Banyk benda baru yg menyusul dan cuba menyerap masuk ke minda...ada yang berjaya menembusi tidak kurang yang terpaksa berlalu pergi..huhu..bukan xmau bagi masuk..tpi itu la..kad merah cepat ja naik, tak boleh terima lagi la kot..huhu...apa2 pun tahniah kepada yg berjaya..akan aku hargai. yg gagal..?? tak..bukan gagal selama2nya..mungkin suatu hari giliran ak pula yg mencari..huhu..tapi semua tetap akan disimpan di
sini----memori----

mengaji..makin susah..serius..tak penah sakit untuk tugasan..tup2 semester ni, tiga hari terlantar sakit kepala semata2 kerana...??keranamu kami mendakap tuah..keranamu kami rela berkorban..keranamu..bla..bla..memang bekorban sungguh la. ini pon ada lagi dua blum diselesaikan...alhamdulillah, sentiasa fikir positif...minta tunjuk ajar yang pakar...huhu..(siapa kata belajar cra ini senang...ada juga susahnya..ha..ini buktinya..susah mencari teman untuk merujuk apa2). Dipermulaan dah sedar sebenarnya..cuba biasakan..cuba..dan cuba..cuba kau cuba(FT)..hoho..sekali lagi think positif..setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..!! sudah..tinggalkan yg duka lara..huhu...ramai kawan2 kata.."apa da, fikir banyak sangat..relax la"..huhu..this is me..this is real..mereka menerima segalanya..kau sebenarnya yang masih..masih apa..??? buka mata la madhi..huhu..enough..!!

Cukup rasanya buat pengubat diri..ulang-ulang..apa yg perlu diubah segerakan..!! setiap keluhan perlu diperbaiki, bukan untuk disesali..!!

miss my hlovate aA+bB sama Tunas..big time..huhu...

Friday, June 4, 2010

HILAL ASHWAD

Bismillah..

(^_^)..dlm keadaan tersenyum..haha..ha engkau..terus tergelak..Hilal Ashwad! bukan sapa-sapa. cuma gabungan dua nama individu yang meninggalkan perspektif tersendiri dalam diri aku. cerita sebenarnya:

= Hilal come from Hilal Ashraf "seorg novelis muda yg btul2 b'bakat, kira ak suka la dia ni"

= Ashwad come from Ashwad Ismail "salah seorang wartawan astro awani yg terselamat semasa menyertai konvoi misi bantuan Gaza yang telah diserang tentera israel"

seperti semua tahu, bulan ni memang gempar dengan berita kekejaman israel yang menjadi-jadi. xtau istilah apa lagi yang paling sesuai untuk depa ni..uhuu..fikir memang tak guna otak!! kembali pada tajuk asal..nak ulas panjang2 pon, semua orang tahu cerita asal. lepas ja tv siarkan pannggil telefon Ashwad Ismail, ak asyik dok sebut-sebut ja nama dia..urm.."sedap la nama dia mak.." kata aku kat mak masa depan tv. lagi dan lagi aku dok sebut...hehe..tetiba terfikir Hilal.."ha..Hilal Ashwad..!! sedapkan mak. Dik Jat suka la.." ha masa ni la aku terfikir nama ni..Hilal Ashwad..Hilal Ashwad..haha...

xde apa2 yang istimewa pon sebenarnya. saja nak layan syok diri-sendiri..lepas tahu nama ni aku selalu ja sebut, sampai adik-adik aku pon tahu.. "Kak Jat nant letak nama anak la.." salah seorang adik aku bagi cadangan..aku senyum ja.. uhuu..insyaAllah..ya..kesimpulannya..aku suka nama ni, Hilal Ashwad..!!

wassalam..

Thursday, May 20, 2010

BOHEMIAN

Bohemian by Imaen..

novel terbaru ak baca..beberapa info menarik yg dikutip :

1. Mendefinisikan perkataan cinta, lautan dakwat pun tidak mampu menulisnya.

2. Cabutlah rasa ini dari sanubariku, kalau nanti jadi menganggu rinduku pada-Mu.

3. Antara kebaikan orang mukmin ialah meninggalkan apa-apa yang tiada kaitan
dengannya. (Nabi s.a.w)

4. "Sesiapa yang pergi berjumpa dengan tukang tilik & mendengar ramalan nasib walau
tak percaya sekalipun akan kehilangan imannya selama 40 hari." (Nabi s.a.w)
"Jadi apa beza suka-suka baca ramalan zodiak, dengan suka-suka pergi jumpa
tukang tilik?"

5. Islam bukan main ikut orang. Bukan boleh main hentam ikut majoriti saja, tapi
Islam ini ialah..kita kena ikut apa yang tertulis dalam kitab..

6. Melayu itu bangsa., sedang Islam itu agama. bangsa kita tidak boleh pilih, kena
ikut mak bapak. Tapi agama kita boleh pilih.

WASSALAM..

Saturday, May 8, 2010

Macam dah kenal ja perangai sebenar budak sorang ni..!!

7/05/10 8.00-12.00a.m...
aku di kelas Asas Keusahawana,u....

-aku tnya sikit ja, itu pon bukan dalam keadaan serius tp nk gurau..boleh tak jgn jawab mcm awk tu pandai sngt..!! suka hati sedap mulut ja nk b'cakap..aku tnya, dia jwb.."hg ni,letak otak kat lutut ka" agak2 la...hishhhh...geram aku..lps ni mmg xde ak nk nyapa bt gurau atau saja2 nk smbg dah la..nk tegur or senyum pon itu mood kut. perspektif aku mmg lain terus kat budak ni! boleh tahan kalau dh kenal rapat lebih 2 or 3thn..ni bru nk rapat 2,3 hri..aduhaii..kwn2 baik or kwn2 baik aku pon xde nak ckp mcm gitu..sekasar2 kawan aku yg kasar pon xde nak cakap gitu. bgs jgk dr satu sudut,terus dpt knl dia ni jns mcm mn. dlm kelas mak aii..bleh terima kot ingt tu perangai semula jadinya, tp dsebalik..mannerss mn kawan..!! aku diam terus lps tu..xpdng dh muka dia. dah susah nk fikir dr sudut positif bila diri terasa kecik hati+geram+tak dhormati..lantak la dia tersilap ckp ka..'tp nmpk gy, tak t'silap'..nk minta maaf pon xde..hish...!!xleh terima aku..ni la spesis bg ak yg tak leh dbuat kawan. main lantak ja nk ckp apa dgn org yg bru kenal..! tak pikir perasaan org bila nak ckp..!!

huhu..ini crta semalam..aku ingt nak buat dek ja...tp tup2 hri ni, kelas pg td..dia bt lg..huh..aku mg xleh trm..stu ja dlm fikiran aku sal dia...'xret hormat org'..'rs mcm nk delete j trs nm dia dlm fb aku..!!'..hah..nant ak fikir yg tu..huhu..xmau pikir dh..dlm minggu ni ak dh bnyk berada dlm keadaan tension..cukup..!!

p/s:satu lg perkara yg membtkn ak tension...xmau dri ddlm kwsn kedua bawah..!!

Thursday, April 22, 2010

Di ceruk hati..

Hati terus menerus dihantui ini..
tetap selalu terlintas dhati ketika bersendiri,
walau tekad menjauhi..masih tetap tak terdaya.
Bila muncul kenangan itu..diri=susah hati, tertekan, mcm nak melarikan diri ke dunia baru.
Elakkan diri dihantui dengan memikir, menyibukkan diri, mencipta kenangan baru.
Tapi..!! Dah lama rupanya...Allah..!!

Kehidupan,
berlindung dari-Nya,
hanya Dia yang mengetahui segalanya,
hanya Dia segalanya.
Namun naluri mencari jalan penyelesaian tetap ada,
aku kena bantu diri ini!

Harap semuanya hanya mimpi ngeri..namun bila sedar, itu semuanya realiti.
aku sedihhhh..aku benciii...aku gerammm...arghhhhhhh..!!!
siapa salah dalam hal ni?
Ya Allah..tolong hamba-Mu. Tunjukkan aku jalan keluar..
Dah lama..sampai saatnya aku keluar.

Tak mahu lagi berselindung disebalik emosi ini..ceria..suka..ketawa..seyum..marah..
nak aku..aku yang sepatutnya!
Wa..ini salah siapa wa?
Menyebabkan keyakinan aku dari suatu sudut hilang.
Banyak yang aku korbankan..terutamanya hati ini dan hati si dia..dia..dan dia..
Melampau semua ni wa!
Bagitahu aku, apa yang patut aku buat..?? Lupakan mcm mn..?

Hanya itu..ya..hanya itu..!!

Tuesday, April 13, 2010

Gunakan gmbr utk menterjemah...-aku hari ini-

aha...satu hri yg penuh..!! masa ak di tmpt2 ini dr pg-mlm..

Mulanya dsini : libry Sultanah Bahiyah, Sintok.


Terus ksini : hospital Tuanku Fauziah, Kangar.


Singgah dsini : RCH, Kodiang.


Akhirnya kembali : Puteh Book Garden.



wahaha..xlarat+malas nk nulis+ngantuk...."semoga hari esokku lebih baik dr hri ini"..amin..wassalam..zzzz

Monday, April 12, 2010

Apa di hati tak sama dengan yang minda

listening-nasyid F.M..(hnya ketka on9 b'ksmptn mengikuti corong ini)

Bru hbskan Rooftop Rant-hlovate. Sekali lagi banyak benda baru dapat. Selalu ingatkan diri "bc apa2 yg ada pengajaran jgn dambik gitu ja..xkisah la:komik, novel, mags, apatah lagi buku motivasi. Kalau boleh jadikan ikutan!"..And hlovate works! dakwah dalam bentuk penulisan dengan cara tersendri yg some person can take and some can't. Dan ini juga la yg membuatkan aku tertarik dengan hasil penulisan her. Rasanya org lain yg ikut dia pon sama pendapat dengan aku!! Sedikit bingkisan:

=Niat dipasang mesti betul dalam apa jua tindakan..INGAT!
=Hati yang susah menerima kebaikkan sangat ditakuti aku!
=Harap hati sentiasa tersentuh dengan perkara2 sensitif..amin!
=Tersentuh bukan sekadar pengetahuan, tapi menginsafi diri!
=Menginsafi dengan menarik&memaksa diri mengikut arah yg baik!
=Terus kekalkan diri ke arah itu untuk merasai ketenangan berpanjangan!

(bukan sekadar pembacaan dari halaman hlovate tapi juga dari sumber lain insyaAllah)

=uhuu..tgh memaksa diri(smpi nk kena paksa..uhuuu, bc novel tak plak nk kena paksa2!!) bt asgmnt. Bukan 1..bukan 2..tp lebih dr 5..hoho. Dah la bhn apa pon blum cukup kukuh. Cri bhn dlm tenet, xnmpk mcm menbantu. Maksud: bertapa di libry lorr aku jwbnya..sungguh..!! Kena plak mood bt agsmnt ni xselalu nk singgah..uhuu. Tapi xmau bahana menimpa, nasihat diri"cari bahan dan fhm konsep asgmnt, pastu t'serah nk mula bt bila". Btul..dah ada bhn, satu hri ja insyaAllah aku bleh siap.

sekian untuk kali ini..wassalam

Friday, April 9, 2010

aku kali ketiga

=suka tengok org yg ada minat
=suka tengok org yg bersungguh dgn minatnya
=suka tengok orang yg bersungguh dgn minatnya dan berjy mencapai tahap kepuasaan

Minat..mcm2 jns minat..ada yg bleh trm akal..ada jgk yg xleh dtrma..!!
ehee..aku! puas dgn dpt bca buku yg aku nat bca..yeah!!
lama..baru..yg akan datang..xkisah
lama..xkan jadi pekasam insyaAllah 'kalau aku ada masa membaca'.
Persekitaran aku slh satu faktor mgkn.
buku mmg satu benda yg senang aku bleh dapat. cakap ja nak buku apa..tadaaa..dpt.
Dan alhamdulillah aku plak jenis suka membaca. Agak2 aku minat main bola ka, xke susah org keliling aku nak setuju bg aku main..xpasal2 memberontak nant..uhuu..
Semua orang aku yakin ada minat masing2..mcm kwn aku sorg ni, minat music..skrg tgh blajar main guitar "aku bru lg..dr dlu smpi skrg dok lagu yg sma xhbs2"...ehee. apa2 ja, tp aku yakin dia mest puas bila dpt petik the guitar wlupun xmainkn satu lagu penuh..haha.."chaiyok ya skacuu.."!!

setkt ini utk sesi ketiga..jom trskn minat2 kt..n kat bwh ni, gmbr koleksi buku plg best aku dawl 2010..

Thursday, April 8, 2010

aku kali kedua..

"Serba sedikit tentang diri aku"

Seorang budak pengurusan di slh sebuah uni tempatan. Dah tak tahan nak habiskan belajar yg tnggl beberapa semester lg. Sangat minat baca buku..apa ja jenis buku yg boleh bt pengetahuan bertambah. Berkaitan bloger-bloger ni, dh lama tahu cuma malas nak buat. Ada ja blog tapi dalam laman sosial tertentu ja. Dan minat nk buat betul-betul blog, bermula beberapa minggu lepas-lepas. Membaca beberapa buah buku baru yg menarik yg dimport dr pesta buku kl 2010 salah satu punca aku teringin nak ada blog sendiri. Selebihnya datang dalam diri sendiri. Seronok pulak rasanya kalau ada blog sendiri. Apa lagi ya..? Umur dalam 20-an. Dri segi fizikalnya individu yg simple tapi berfikiran sangat la menjalar jauh atau lebih sesuai suka berfikir lebih-lebih. Kira kalau ada satu masalah tertentu, orang lain buat donno ja, tapi aku dah sampai tahap tak ingat. Mungkin ini salah satu tanda orang lahir bulan..bulan yg ditetapkan dalam isi alam aku dilahirkan..!

Minat lain, suka dengar muzik juga. Family..ak anak yg dtgh..berdikari juga manja..u..la..la..ikut keadaan. Bab b'kawan2..aku biasa2 ja. mmg ramai kawan..'hidup mmg perlukan kawankan'. Tapi tak semua boleh suka-suka hati dengan aku. Maksudnya, tak semua dengan kawan-kawan aku boleh betul-betul ngam. Tapi jangan kata aku xda kawan baik plak..ada. Manusia ini macam-macam perangai, jadi secara tak langsung aku dah membina satu hijab t'sendiri ketika berkawan baik lelaki mahupun perempuan. Ada yg ok..on..tak ok..on jg, tp tak on btul2 la..haha..'apa punya bahasa'. Dan cinta..urm..ini lagi satu, aku bukan yg senang jatuh cinta. Banyak sangat songeh rasanya..'ini bagus bg pandangan aku, aku bersyukur sebab aku bukan yg jenis senang jatuh cinta'. Bercinta..xpenah. Berkawan lepas tu tersasul bercinta penah..'ceritanya..aku ada kawan baik dgn sorg kwn lelaki ni, xsedar tetiba dia ckp dia suka aku. Ada rasa sayang..bukan sebab nak kawin, tapi lebih kpd sayang seorang sahabat. Mgkn sebab bnyk hal kami bleh masuk. Terus terang dengan dia cakap kt kwn ja k, dia xleh terima alasannya, "aku dh xleh kawan dgn ko, nanti aku b'terusan akan suka kat ko"..lps tu terus t'putus hubungan bersamaan kami tamatkn gelaran bdk sek...sarkastik..ho..ho..itu certa zaman sekolah. Namun, sampai sekarang aku masih belum jatuh cinta. xda istilah cinta kot dalam diri aku..Kawin ja terus agak2 bila jumpa seseorang yg betul2 sesuai..ha..ha.. Penah juga tanya, macam mn kita nak tahu kita jatuh cinta? apa perasaan kita bila jatuh cinta? apa yg kita kena buat kalau kita jatuh cinta?..Blum ada jawapan. Xpa la..kita tingglkan pengetahuan cinta di sini...Ha..ha..

Aku sedang cuba memajukan diri. Dari segenap aspek. Menjadi seorang makhluk yg bagus. Seorang anak yang bagus. Seorang kawan yang bagus. Juga seorang masyarakat yang bagus. Dalam umur aku sebenar-benarnya dah banyak yang boleh dicapai..dr segi kerjaya, tahap sosial & sbginya. Apa-apa pun aku bersyukur..matang alhamdulillah boleh nilai baik buruk sesuatu wlupun kadang2 keluar jgk perkara yg xsepatutnya bdk umur mcm aku ni buat..ha..ha..'just thik about fun that time'..yuhuuu. Ada kawan sebaya mungkin dah maju ke depan, tak kurang yang ketinggalan. Dan sebagai manusia biasa yang dikurniakan keistimewaan juga kelemahan sejak azali, sentiasa memandang dan membanding kedua-dua aspek jurang maju dan ketinggalan berkenaan. Bukan apa..memang itu bagus untuk diri aku..'bagi aku, aku rasa'. Bila tengok kejayaan kawan sebaya, pembawa semangat. Sebaliknya bila tengok kawan sebaya yg ketinggalan..selalu rasa bersyukur..bukan bersyukur sebab dia ketinggalan..tapi sebab rsa diri ni dah sedikit maju kehadapan..alhamdulillah.

Cukup sesi memperkenalkan diri..ha..ha..wassalam

Wednesday, April 7, 2010

aku kali pertama..

pelangi yang di langit, semula jadi ada..
tapi pelangi yang ini, baru mula nak memancarkan warnanya..
banyak lagi yang perlu diredah
pengaruh sekeliling salah satu penyebab warna-warna pelangi ini terbias..
cukup untuk permulaan..(^_^)