Wednesday, October 6, 2010

kait-kait pelangi

sekadar memenuhi tuntutan seseorang yang mempunyai blog..ha..ha..apa perkara yang berlaku dalam masa-masa ni yang aku tahu aku susah nak ingati nanti..

minggu juga permulaan bulan 10 yang agak tenang...tidak terlalu sibuk juga tidak terlalu serabut..hehe..masa berlalu meninggalkan lepas, masa hadapan menanti. Belajar dari pengalaman, walau dari perkara remeh sekali pun.

buku..terbaru ku baca solusi eds,23. Pendedahan isu cinta hamba. Banyak gila pengetahuan untuk diri. Menyedarkan diri dengan pelbagai kefahaman dari sudut cinta. Cinta kepada Dia terutamanya.

sedang menunggu dua perkara: 1)result 2)hari mendaftar...agak lambat untuk semester ini...entah..tunggu aja

sekarang komonwyeal di New Delhi, India. serius..aku tengok apa aja sukan yang melibatkan malaysia dengan perasaan nak sokong n nak depa menang..bersungguh..haha..setakat ni, dua emas di subangkan oleh atlet angkat berat. dua perak, satu dari sukan angkat berat n satu lagi sukan berbasikal dlm circle. Amirul, Rizal. hari ni hari ketiga. yang aku harap sangat dapat sumbangkan pingat = team badminton..uhuu..xdak korea n china kali ni boleh mungkin.

masa-masa senang ini aku nukilkan
kerana aku tahu, akan tiba:
aku tiada masa dan tiada cerita...

wassalam

No comments:

Post a Comment