Wednesday, March 30, 2011

pembawa berita+pembawa semangat...!!



Sempena kehadiranmu..ku tatapkan ini:

Dari kecil, aku mula memahami
sejak saat itu, dari 5tahun beransur ke sekolah rendah..sekolah menengah..ipta dan menginjak 25, aku mahu lebih memahami kau.
Bau, rupa paras, fizikal, campuran warna dalam dirimu membuatkan aku lebih teruja. Kau semacam memberi satu semangat.
Seketika aku lemah, kau seperti menjadi perantaraanNya(ku anggap begitu) yang mengalirkan satu semangat dalam diri..kuattt semangat itu!!sungguh!!
Di mana, dalam apa jua keadaan (walau sesetengah org anggap tidak seeloknya kau hadir ketika itu)..aku setia menerima dan teruja menyambut kehadiranmu.
Seperti aku kata sebelum ini, semangat itu sentiasa bersama kau!
Kehadiran kau sentiasa membuat aku mencipta-cipta soalan..berita apa yang kau nak sampaikan kali ini? kau hadir semestinya untuk menyampaikan berita-berita dariNya untuk orang yang berfikir kan? berita apa itu?
Dan iya, hanya yang berfikir menemui jawapan. Aku harap menjadi salah sorang dari yang berfikir itu!
Aku sememangnya seorang yang tertarik dengan keindahan alam..jangan terkejut, kerana kau salah satu yang paling kucintaii..!!
Kehadiran kau yang kadang-kadang singkat dan sementara yang lain lama, sangat unik.
Apa yang lebih menarik, kau boleh hadir di mana-mana aku berada.
Dari saat usia berlalu.
Dari saat aku tertarik dengan semua keindahan kau.
Dari saat segala macam kenangan kau cipta.
Kau tahu dalam diam, aku sangat suka akan kauuu..HUJAN!!!

wassalam

No comments:

Post a Comment