Wednesday, April 13, 2011

guna salah untuk betul

Bukan niat dibalas..cuma kalau boleh nak dia sedar yang mana betul dan salah..kan..kan..moh kita..

Buat salah sekecil mana, niat kita walau dapat diselindungkan dari orang sekeliling..yang pasti bukan dengan dia-Nya. BETUL!!

Dalam erti kata lain kita ada tak puas hati dengan orang ni(memang betul orang tu ada buat salah) tapi kita tak berpeluang nak membalas atau nak kembalikan kepuasaan hati kita, tak bermaksud dia tak akan menerima balasan. PERCAYALAH!!

Sebab..apa yang aku faham setakat ni, buat salah@jahat kat seseorang sama ada orang tu akan kembali buat perkara yang sama kat kita atau buat jahat kat seseorang dan seseorang tu mungkin tak balas balik tapi ada yang akan tolong balas setimpal mungkin bagi pihak kita...SUNGGUH!!

Jadi, kepada sesiapa yang rasa diri tak dapat nak buat apa-apa untuk mempertahankan diri atau rasa diri tu tak mampu nak perbetulkan keadaan dengan cara yang betul jangan sekali-kali memutuskan dengan kemarahan dan menyimpan dendam yang berlebihan..FAHAM!!

Kalau masih ragu-ragu dan sentiasa fikir bukan-bukan apa kata cuma tenangkan diri dengan renungkan firman Allah S.W.T ni:

"DAN ALLAH LEBIH MENGETAHUI TENTANG MUSUH2MU. CUKUPLAH ALLAH MENJADI PELINDUNG DAN CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMU" (AN-NISA:45)

ulang dua tiga kali, cuba fahamkan dan hurai dalam situasi kita..insyaAllah.

p/s:banyak sangat sekarang ni org gunakan cara yang salah nak memperbetulkan sesuatu..tak pasal2 awk pun terlibat salah..x gitu..huhu..wassalam

No comments:

Post a Comment